Tuesday, 8 November 2011

Honda CR-Z Dilancarkan Di Malaysia dengan harga RM115,000

Honda CR-Z

Akhirnya sampai juga model Honda CR-Z di Malaysia. Model Honda CR-Z Ini adalah generasi model lagenda  Honda CR-X. Jika anda seorang yang meminati Honda CR-X sebelum ini, anda mungkin akan turut sama minat dengan model Honda CR-Z ini.
Tetapi apabila melihat Honda CR-Z ini hanya 2 pintu sahaja, pasti akan ada yang berfikir 2, 3 kali sebelum bercadang nak memiliki model Honda CR-Z ini. Apapun keseluruhannya apa yang boleh dikatakan, sememangnya smart dan nampak lebih sporty dengan rekaan aerodinamiknya yang bersesuaian.
Cuma di bahagian belakangnya, kami perlu tutup pejam mata “menelan rekebentuknya”. Mungkin ada yang mengemarinya rekebentuk di bahagian belakang, mungkin ada yang tidak suka.








Ini adalah harga Honda CR-Z di Malaysia :


  • RM115,000 (On The Rod -OTR) yang mana harga kereta yang akan dicukaikan ditentukan pada harga yang dicadangkan oleh Pengeluar Manufacturer’s Suggested Retail Price (MSRP)
  • Fully CBU di Jepun (warna yang ditawarkan adalah Premium White Pearl – putih mutiara premium)
  • Enjin sama seperti Honda Insight (IMA – integrated motor assist)
  • Harga Honda CR-Z di US : RM62,000


Kenapa harganya boleh jadi murah. Sebab model Honda CR-Z ini mendapat pengecualian duti import daripada kerajaan :

  • Kerana Honda CR-Z merupakan model kereta hybrid
  • Duti import 0% hanya untuk kereta hybrid 2.0 ke bawah sahaja.
  • Hanya cukai jualan 10% dikenakan




Pihak Honda Malaysia memberi jaminan pakej yang lebih baik bagi model hybrid CR-Z ini :
  • Jaminan 3 tahun atau 100,000 km jaminan dengan 6 bulan atau 10,000 km perkhidmatan percuma
  • Bateri hibrid mendapat jaminan selama 5 tahun atau 140,000 km manakala bateri standard menerima jaminan 2 tahun atau 40,000 km
  • Selang Perkhidmatan masih lagi 5,000 km, seperti Hybrid Insight


Honda menawarkan 3 jenis pemanduan yang bersesuaian dengan anda yang boleh dipilih di stetreng anda samada memilih jenis :
  • ECON (Jimat bahan api, prestasi biasa)
  • NORMAL (Prestasi ditahap memuaskan dalam pada masa yang sama jimat minyak)
  • SPORT (Pretasi sangat memuaskan daripada segi pecutan, streng yang responsif , lebih berkuasa dan pastinya mod ini tidak ekonomi daripada segi penggunaan bahan api)




Honda Cr-Z Spec di Malaysia :
  • Enjin :  1.5 liter i-Vtec (sistem hibrid IMA)
  • Kuasa : 124ps@6,000rpm
  • Maksimum Tork : 174Nm@1,000-1,500rpm
  • Transmisi : enam kelajuan (manual)
  • Pelepasan gas CO2 : Hanya 117g/km (mesra alam)






Antara ciri-ciri lain yang ditawarkan bagi model Hybrid Honda CR-Z ini adalah seperti :
  • Lampu utama Halogen dengan LED, Lampu kabus, Lampu belakang dengan rekaan LED
  • Cermin sisi + lampu isyarat membelok
  • Antena radio ‘Shark Fin’
  • Kunci dengan gaya Jack Knife
  • Rim aloi 16 inci
  • Roda stereng dibalut kulit 3-spoke
  • Gear knob aloi dan kulit
  • Pedal sport aluminium
  • Kusyen dibalut fabrik
  • Kluster meter dengan iluminasi sport
  • Cruise control
  • Sistem audio dengan USB
  • AUX dan serasi iPod (6 pembesar suara)
  • Ruang bonet yang luas
  • Beg udara i-SRS untuk pemandu dan beg udara SRS untuk penumpang
  • Vehicle Stability Assist (VSA)
  • Sistem ABS, BA, EBD, Hill Start Assist, G-Force Control Technology (G-CON) dan Front Seatbelt Pretensioner.
Kalau Honda CR-Z mempunyai 4 pintu, sepastinya jualan terutamanya pasaran Malaysia akan lebih melonjak naik. Tapi apakan daya, model Honda CR-Z dilihat lebih menumpukan kepada golongan bujang


Apa pendapat korang dengan Honda CR-Z yang sudah dilancarkan di Malaysia ini? Berminat?







GilaKaw-kawWowCool