Monday, 7 November 2011

Cara-cara nak tahu jika seseorang itu menipu

Pepatah pernah mengatakan " bila dah terhantuk ,baru nak terngadah" , seperti pengalaman yang telah mengajar kita didalam kehidupan.Namun pengalaman ditipu menjadikan kita lebih berwaspada pada sesuatu keadaan..dan bagaimanakah caranya anda mengetahui bahawa seseorang itu menipu anda?
 



  • Tubuh badannya tidak bergerak banyak, seperti agak keras

    • Seorang yang sedang menipu tidak selesa berhadapan dengan penyoal/penuduh dan kerapkali akan memalingkan wajah dan tubuh badan ke arah lain.

    •  Seseorang yang sedang berbohong sangat jarang dapat merenung mata kita dan sentiasa melempar pandangan ke tempat lain jika ada peluang. Contohnya jika ada bunyi anjing dia akan memandang ke arah bunyi itu walaupun kita sedang bercakap dengannya. Walaupun jika dia mengetahui perkara ini dan cuba merenung mata kita, kita boleh nampak ketidakselesaan/kejanggalannya atau seperti memaksa diri.
     
    • ketika menipu dia akan bercakap dalam nada yang mendatar.dan apabila dia mendengar perkataan yang benar dari penyoal nadanya akan berbeza dengan nada ketika menipu.

    •  Tangan seorang yang sedang menipu seolah-olah tidak mampu duduk diam. Sentiasa memegang muka sendiri, leher dan mulut. Tindakan seperti menggaru juga banyak dilakukan. 
       
    • dia ikut cara kita bercakap.contohnya,kau ke yang makan kek kat atas meja ni?si penipu ni akan jawab tak aku tak makan pun kek kat atas meja ni.
       
    • Si penipu suka menggunakan lawak jenaka dan kata-kata sindiran yang pedas untuk mengelakkan sesuatu topik  





      • Apabila seseorang yang tidak jujur menunjukkan emosinya (seperti gembira, terkejut, sedih, teruja), ekspresinya akan terhad kepada pergerakan mulut sahaja, dan bukan seluruh wajah. Contohnya, bila tersenyum secara semulajadinya seluruh wajah akan terlihat bergerak seperti dagu, pipi, mata dan kepala.




        • Selang masa antara mimik muka dan situasinya tidak kena. Contohnya apabila menerima sesuatu berita gembira, reaksi agak lembab, selepas berkata sesuatu kemudian baru akan tersenyum, sepatutnya orang akan tersenyum pada masa yang sama dia mendengar berita tersebut.
           
           
        • percakapan yang kurang jelas dan tidak tersusun.
           
        • Contoh bila ditanya “Adakah kamu mencuri dompet di dalam laci?” dia jawab “Saya tidak pernah mencuri  apa-apa pun”.
           
        • Penipu juga suka mengelak memberi kenyataan secara terus. Mereka suka mencadangkan jawapan dan bukan menjawab soalan. Contoh “Di mana kamu berada malam semalam?” dia jawab “Semalam kan malam jumaat kamu fikir saya berada di mana lagi?”
         
         
          Itulah antara cara-cara nak tahu jika seseorang itu menipu..ok terima kasih pembaca..have a nice day.
         
        GilaKaw-kawWowCool