Thursday 17 November 2011

Semut yang berorganisasi


 Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan, dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang yang berakal;
(Iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring, dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): "Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab neraka. (Surah Ali Imran: 190-191)





 
 Ratu Semut

Ciri-ciri : bahagian belakangnya lebih besar berbanding semut-semut yang lain

Tugas : mengeluarkan beribu-ribu telur untuk dilahirkan semut-semut yang baru.


Kategori : Hospital kelahiran





Semut Penganyam

 Ciri-ciri : Tubuh kecil dan kaki yang panjang

Tugas : menyambung daun-daun dengan menariknya daripada dua bahagian dan menjahit daun-daun ini bersama.

Kategori : Jurutera









 

Semut Penjaga

Ciri-ciri : Kepala besar dan mempunyai rahang yang luas

Tugas : memeriksa semut-semut keluar dan masuk dari lubang-lubang masuk.Kepalanya yang besar sebagai penutup lubang.melindungi semut-semut yang lain.

Kategori : Polis


               





 Semut Pemotong

Ciri-ciri :  tubuh yang kecil tetapi lebih besar dari semut pekerja

Tugas : melicinkan perjalanan yang dilalui,membawa pecahan-pecahan daun yang telah dipotong dan menanam kulat dari daun-daun yang telah dipotong

Kategori : Buruh dan Peladang








Semut pekerja

Ciri-ciri : semut paling kecil antara semut-semut yang ada

Tugas : pelindung dan pemerhati kepada semut pemotong dengan memanjat daun-daun yang dibawa oleh semut pemotong di sepanjang perjalanan.

Kategori : Bodyguard














Gambar di bawah menunjukkan sarang semut yang terancang :

1. Sistem Pertahanan Udara
2. Bangsal Perkebunan
3. Pintu Masuk Utama dan Pintu-Pintu Masuk Sisi
4. Bilik-Bilik yang Telah Siap
5. Perkuburan Penyimpanan
6. Bilik Pengawal
7. Perisai Luar
8. Bilik Asuhan
9. Gudang Daging
10. Gudang Bijirin
11. Penjagaan Kanak-Kanak untuk Larva-Larva
12. Bilik Musim Sejuk
13. Pusat Sistem Pemanasan
14. Bilik Mengeram
15. Bilik Diraja...









Di bawah ini adalah kerjasama antara semut-semut yang lain :



Lihat lah bertapa hebatnya semut-semut ini bersatu dalam kumpulan yang besar.Walaupun mereka mempunyai jumlah yang banyak tetapi mereka tidak mempunyai sebarang masalah di antara mereka, tidak ada kekeliruan atau kecamukan. Mereka hidup di dalam kehidupan yang begitu terancang di mana setiap mereka mematuhi peraturan dalam mencapai satu matlamat iaitu hidup.




Persoalannya..adakah manusia yang berakal boleh bersatu dalam satu kelompok yang besar??






GilaKaw-kawWowCool