Tuesday 22 November 2011

Rakyat Malaysia Menunggu Habuan Wang Tunai




Di bawah ini adalah antara habuan-habuan yang sedang ditunggu oleh rakyat Malaysia :



RM500 BAGI ISI RUMAH DENGAN PENDAPATAN BAWAH RM3,000

Belanjawan 2012 juga memperuntukan RM500 bagi setiap isirumah dengan pendapatan kurang daripada RM3,000 setiap bulan.Untuk menuntut wang ini, mereka perlu mengisi borang yang boleh didapati di pejabat terdekat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).LHDN akan mententusahkan kelayakan pemohon menggunakan Portal Pembasmian Kemiskinan Berpusat (e-Kasih) di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan di Jabatan Perdana Menteri.Pangkalan data ini telah mendaftar 331,000 isi rumah miskin sejak dilancarkan pada 2007.Bayaran ini akan diagihkan bermula Januari 2012 menerusi bank-bank, termasuk Bank Simpanan Nasional.LHDN akan menyelaras pengagihan bantuan ini untuk memastikan ia sampai kepada kumpulan sasaran.Mereka yang layak mendapat bantuan ini harus tampil tanpa sebarang keraguan. Sumbangan RM500 ini pastinya banyak membantu isu rumah menampung kos kehidupan yang semakin meningkat.Kerajaan memperuntukan RM1.8 bilion bagi tujuan ini.




RM100 BAGI SETIAP PELAJAR

Bayaran RM100 sekali bagi setiap pelajar seperti yang dinyatakan di atas ternyata dapat membantu mengurangkan beban kos persekolahan - tambang bas, pakaian seragam, kasut, beg sekolah dan alat tulis apabila penggal persekolahan bermula pada Januari.Jumlah RM100 ini diperuntukan bagi setiap pelajar dari darjah satu hingga tingkatan lima tidak kira pendapatan isi rumah dan ini bermakna sebuah keluarga dengan enam orang anak akan menerima sejumlah RM600.Kerajaan terpaksa membelanjakan RM530 juta bagi tujuan ini.Juga, sekolah-sekolah akan menghentikan kutipan yuran ko-kurikulum dan premium insurans.
Sebenarnya kerajaan telah memperuntukan RM150 juta sebagai ganti kepada sekolah-sekolah. Ini adalah satu lagi penjimatan yang akan dinikmati oleh isirumah tidak kira jumlah pendapatan mereka.




BAUCAR BUKU BERNILAI RM200

Berita baik bagi pelajar tingkatan enam dan matrikulasi, dan mahasiswa/i, baucar buku bernilai RM200 diberikan kepada semua.Pelajar berkenaan boleh mendapatkan baucar masing-masing menerusi sekolah, universiti atau kolej masing-masing.Insentif ini akan membantu mengurangkan bebanan kewangan pelajar miskin untuk membeli buku ulangkaji dan kursus.Sejumlah RM260 juta diperuntukkan bagi tujuan ini.







RM500 BAGI PESARA

Pesara juga boleh berasa lega kerana mereka akan menikmati bayaran sekali sebanyak RM500, yang pasti menyumbangkan kepada kesejahteraan mereka.












KENAIKAN GAJI DARIPADA RM80-RM320
 
Satu skim perkhidmatan baru - Skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) - dijangka diperkenalkan bagi kakitangan awam menjelang pertengahan 2012 yang akan menyaksikan pelarasan gaji antara RM80-320.Ini pasti dapat meningkatkan semangat kerja kakitangan awam yang kali terakhir menyaksikan pelarasan gaji pada 2007.






BONUS SEPARUH BULAN LAGI

Kakitangan kerajaan juga dijangka menikmati bonus separuh bulan lagi pada Disember menjadikan jumlah bonus yang diterima mereka pada 2011 ialah satu bulan.Ini akan membantu mereka dalam perbelanjaan hujung tahun dan menyalurkan lebih banyak wang dalam ekonomi negara.















RM300 JUTA BAGI PEMBIAYAAN MIKRO

Belanjawan 2012 telah memperuntukan dana bagi pembiayaan mikro untuk pengusaha kecil, khasnya wanita.
Usahawan bukan Bumiputera juga telah diperuntukan sehingga RM100 juta melalui unit khas di bawah Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM).Perniagaan kecil dijangka beruntung daripada langkah ini.




















Diharap rakyat Malaysia dapat memanfaatkan habuan yang akan diterima ini

 Have a nice day Malaysia :)






GilaKaw-kawWowCool