The Rhea adalah burung yang terdapat di Amerika Selatan, merupakan burung besar yang dapat hidup sehingga beratnya 60-80 kilogram. Meskipun lebih kecil dari burung unta dan tidak agresif seperti Cassowaries, rheas memiliki kaki berotot, taji keras pada kaki mereka dan tendangan mereka dapat menghasilkan kekuatan iaitu 800 paun per inci persegi.
8. Burung Hering
Burung ini mempunyai paruh melengkung tajam yang boleh mengoyakkan daging, dan juga mempunyai penglihatan yang sangat baik.Burung Hering ini akan mendesis atau membuat suara mendengus kepada anda sekiranya dirinya terasa diancam.
7. Burung Helang
Helang adalah binatang yang kuat iaitu cukup kuat untuk mengangkut sesuatu yang memiliki berat empat paun, burung ini agresif dan meskipun mereka tidak terlalu bahaya bagi manusia di alam liar tetapi dalam ruang tertutup cakar dan paruh mereka dapat membahayakan dan menyerang manusia dengan mudah. Mereka boleh makan kira-kira setengah kilo ikan dalam masa empat minit.
6. Burung Falcon
Seperti burung pemangsa lainnya, mereka mempunyai kuku tajam dan paruh kuat yang digunakan untuk berburu, dengan kepantasan dan kelincahan yang memberikan ancaman kepada manusia, paruhnya juga digunakan untuk memotong saraf tulang belakang dari mangsa mereka.
5. Burung Hantu
Burung hantu adalah burung pemangsa, dan mereka menggunakan kuku dan paruh untuk membunuh, menangkap dan makan.Jika burung itu berada dalam ketakutan atau gelisah, ia boleh mengakibatkan perkara yang sangat buruk terjadi kepada anda.
4. Burung camar
Burung camar sangat agresif dan dikenali sebagai yang sering menyerang dan bahkan mematuk di kepala orang-orang untuk melindungi sarang dan anaknya. Bahkan, orang-orang Inggris terpaksa membawa payung untuk menghindari serangan itu, sekurang-kurangnya seorang wanita dikejarkan kerana luka yang dalam,akibat dipatuk oleh burung ini dan terdapat juga anjing-anjing yang telah dibunuh oleh burung-burung ini.
3. Burung Kanada
Angsa Kanada sangat agresif, terutama jika anda sengaja atau tidak sengaja mendekati sarang mereka atau anak mereka,mereka akan mengejar anda sehingga anda tidak mendekati mereka dan malah akan menggigit anda.
2. Burung Unta
Burung unta adalah berbahaya. Mereka merupakan burung terbesar yang masih ada,berat mereka dapat mencapai berat 350 paun dan kepantasan mereka berlari mencapai 30 mil per jam selama 10 mil lurus. Seperti burung Cassowaries, mereka memiliki kaki yang kuat dan juga mempunyai kuku yang tajam. Tendangan mereka dapat membunuh seekor dubuk.
1. Burung Cassowaries
Cassowaries, salah satu spesies yang hampir pupus. Burung besar ini hidup di hutan Australia. Cassowaries merupakan haiwan yang sangat agresif dan terkenal dengan serangannya yang suka menendang dan mencakar. Tendangan mereka mampu meremukkan tulang, dan cakaran mereka boleh disamakan dengan ketajaman pisau.Ini adalah burung paling berbahaya sekali di dunia.Kalau berani pergi la dekat dengan burung ni..... :O
GilaKaw-kawWowCool